TEHRAN: Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala lebih 300 lagi cedera apabila gempa bumi dengan magnitud 5.9 melanda barat laut Iran pada Sabtu.

Agensi berita rasmi IRNA dalam laporannya memetik kenyataan ketua perkhidmatan kecemasan di universiti di bandar Khoy, berhampiran pusat gempa.

Tiada maklumat lanjut berhubung kerosakan atau kemusnahan susulan gempa bumi kuat itu.

Dalam pada itu, media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Iran telah mengalami beberapa insiden gempa bumi yang dahsyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.